1
Inilah makna dari apa yang dikatakan itu: Kita mempunyai seorang Imam Agung yang duduk di sebelah kanan takhta Allah di syurga.
2
Dia melayani di Tempat Mahakudus. Dia melayani di tempat ibadat sejati yang dibuat oleh Tuhan, bukan oleh manusia.
3
Setiap imam itu mempunyai tugas untuk mempersembahkan pemberian dan korban kepada Tuhan. Oleh itu, Imam Agung kita juga harus mempersembahkan sesuatu kepada Tuhan.
4
Seandainya Imam Agung kita masih hidup di bumi ini, Dia tidak akan menjadi imam kerana sudah ada para imam di sini yang mempersembahkan pemberian kepada Tuhan sesuai Hukum Taurat.
5
Apa yang dilakukan oleh para imam ini adalah gambaran dari apa yang ada di syurga. Ianya sama seperti Musa yang diperingatkan oleh Allah ketika dia bersedia untuk membina Khemah Suci. Allah berfirman, “Pastikan engkau membuat semuanya tepat seperti rancangan yang telah Aku tunjukkan kepadamu di atas gunung itu.”
6
Namun sekarang ini, pelayanan Yesus adalah lebih mulia kerana perjanjian baru yang diperantarai oleh-Nya itu adalah lebih baik. Perjanjian baru itu adalah perjanjian dimana Allah menjanjikan hal-hal yang lebih baik dari perjanjian pertama.
7
Sekiranya perjanjian pertama itu sempurna maka perjanjian kedua itu tidak perlu dibuat.
8
Tetapi Allah menemukan kesalahan pada manusia dan berkata, “Akan tiba masanya, firman Tuhan, Aku akan membuat perjanjian baru dengan suku Israel dan suku Yehuda.
9
Perjanjian ini tidak sama seperti perjanjian yang telah Aku buat dengan nenek moyang mereka ketika Aku memimpin mereka keluar dari tanah Mesir. Oleh sebab mereka tidak taat setia dengan perjanjian yang Aku berikan, maka Aku berpaling dari mereka.
10
Inilah perjanjian yang akan Aku buat dengan suku Israel pada masa itu. Firman Tuhan: Aku akan meletakkan hukum-hukum Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya pada hati mereka. Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.
11
Mereka tidak perlu mengajar sesama mereka dengan berkata, 'Kenal lah Tuhan' kerana semua orang akan mengenal Aku, dari yang kecil hinggalah yang paling besar.
12
Aku akan mengampuni kesalahan mereka dan tidak akan mengingati dosa mereka lagi. ”
13
Pada saat Allah mengatakan perjanjian ini baru, maka Dia telah membuat perjanjian yang pertama itu lapuk. Oleh itu, apa sahaja yang sudah lapuk dan usang, akan segera lenyap.