1
Setiap imam agung dipilih dari kalangan manusia dan dilantik untuk mewakili manusia bagi mempersembahkan korban pengampunan dosa.
2
Disebabkan dia juga penuh kelemahan, maka dia dapat bersikap lembut terhadap mereka yang telah tersesat.
3
Oleh sebab dia sendiri lemah maka dia juga harus mempersembahkan korban bagi dosanya seperti yang dia lakukan kepada orang-orang berdosa.
4
Tidak ada seorangpun boleh memuji dan memuliakan dirinya sendiri dengan menjadi imam agung. Hanya dengan panggilan Allah sahaja seseorang itu menjadi imam agung. Hal ini sama seperti yang berlaku kepada Harun.
5
Demikian juga dengan Kristus tidak memuji dan memuliakan diri-Nya sendiri dengan menjadi Imam Agung. Sebaliknya Allah yang mengatakan kepada-Nya, "Engkau adalah Anak-Ku, pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu."
6
Seperti dalam ayat lain, Allah juga berfirman, "Engkau adalah Imam sampai selama-lamanya seperti Imam Melkisedek."
7
Ketika Yesus masih hidup di dunia, Dia berdoa dan memohon dengan suara nyaring sambil menangis kepada Allah yang mampu menyelamatkan Dia dari kematian. Oleh kerana Yesus taat dan merendahkan diri-Nya di hadapan Allah, maka doa-Nya didengar.
8
Walaupun Yesus adalah Anak, Dia belajar taat dalam segala penderitaan yang dilalui-Nya.
9
Dia menjadi sempurna dan menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi mereka yang taat dan percaya kepada-Nya.
10
Lalu Allah pun menetapkan Dia menjadi Imam Agung sama seperti Imam Melkisedek.
11
Terdapat banyak perkara yang ingin diperkatakan tentang Yesus namun susah untuk diterangkan kerana kamu memiliki kesulitan memahaminya.
12
Sepatutnya waktu ini kamu sudah menjadi seorang pengajar, tetapi kamu masih memerlukan seseorang untuk mengajarkan kamu ajaran asas tentang firman Allah. Kamu masih minum susu. Kamu belum dapat makan makanan keras.
13
Setiap orang yang minum susu, sama seperti bayi yang tidak tahu mana yang benar dan mana yang salah.
14
Sebaliknya, makanan yang keras adalah untuk orang dewasa yang terlatih pemahamannya sehingga mereka dapat membezakan yang baik dan salah.