Bab 3

1 Saudara-saudara seiman yang dipanggil Allah, mari fikirkan hal ini dengan sebaik-baiknya. Yesus diutus oleh Allah untuk menjadi Imam Agung bagi iman percaya kita. 2 Yesus setia kepada Allah yang sudah memilih Dia untuk pelayanan itu, seperti mana Musa juga setia dalam pelayanannya kepada Allah. Orang yang membina rumah itu lebih dihormati daripada rumah itu sendiri. 3 Begitu juga dengan Yesus, layak mendapat kemuliaan yang jauh lebih tinggi daripada Musa. 4 Sememangnya setiap rumah dibina oleh seseorang, tetapi hanya Allah yang membina segala sesuatu. 5 Di satu sudut, Musa adalah pelayan Allah yang setia dan dia mengucapkan perkara-perkara yang difirmankan oleh Yesus pada masa depan. 6 Akan tetapi, Kristus adalah Anak yang setia dan bertanggungjawab terhadap rumah Allah. Kitalah rumah Allah itu jika kita terus menerus yakin dan sentiasa menantikan Allah dengan sukacita untuk melakukan apa yang dijanjikan-Nya. 7 Oleh yang demikian, seperti yang Roh katakan, ketika kamu mendengar Allah berbicara, 8 jangan menolak untuk mendengar seperti ketika nenek moyangmu memberontak terhadap Allah semasa pengujian di padang gurun. 9 Semua ini berlaku ketika nenek moyangmu mencubai aku walaupun mereka telah melihat perkara-perkara yang Aku lakukan selama empat puluh tahun. 10 Aku marah dan sedih, mereka selalu tidak mahu mentaati Aku dan tidak tahu bagaimana Aku ingin sekali mengatur hidup mereka. 11 Oleh itu, Aku tidak akan mengizinkan mereka mengalami berkat perhentian-Ku. 12 Saudara-saudara, waspadalah supaya tidak ada di kalangan kamu memiliki hati yang jahat dan tidak percaya kerana ini akan membuat kamu meninggalkan Allah yang sejati dan hidup. 13 Nasihatilah sesama kamu setiap hari selagi masih ada kesempatan. Dengan demikian, kamu tidak akan terpedaya oleh dosa yang membuat kamu keras hati. 14 Kita adalah sahabat-sahabat Kristus selagi kita terus yakin dan percaya kepada-Nya daripada mula sehingga akhir hidup kita. 15 Seperti yang tertulis dalam Alkitab, "Sekiranya kamu mendengar suara Allah pada hari ini, janganlah keraskan hatimu seperti nenek moyang kamu di saat mereka memberontak terhadap Allah." 16 Siapakah orang yang mendengar suara Allah tetapi tetap memberontak terhadap-Nya? Semua orang yang keluar dari Mesir dengan Musa. 17 Siapakah yang Allah marah selama empat puluh tahun? Mereka yang berdosa dan mati di padang gurun. 18 Pada saat Allah bersumpah dan mengatakan bahawa mereka tidak akan masuk ke perhentian itu dan berehat bersama-sama Aku, siapakah yang Dia maksudkan? Mereka yang memberontak terhadap-Nya. 19 Jelas sudah bahawa mereka tidak akan memasuki tempat perhentian itu kerana mereka tidak percaya kepada Allah.