Bab 2

1 Bersungguh-sungguhlah untuk taat dan tetap berpegang teguh dengan apa yang telah kita dengar agar kita tetap pertahankan iman dan tidak meninggalkan kepercayaan kita. 2 Pengajaran yang Allah sampaikan melalui para malaikat adalah benar dan setiap orang yang tidak taat dan mematuhinya akan menerima hukuman yang setimpal. 3 Oleh yang demikian, bagaimanakah kita boleh selamat sekiranya kita menolak penyelamatan yang mulia itu. Tuhan sendirilah orang pertama yang menyampaikan berita keselamatan itu dan bukti kebenaran itu ada pada orang yang telah mendengarnya. 4 Pada masa yang sama, Allah telah memperkukuhkan lagi kesaksian mereka dengan melakukan berbagai-bagai mukjizat dan keajaiban serta membahagikan karunia-karunia Roh dengan cara yang ingin Dia lakukan. 5 Allah tidak melantik para malaikat untuk memerintah dunia yang akan datang seperti yang diperkatakan sekarang ini. 6 Justeru itu, ada satu ayat di bahagian alkitab mengatakan, "Ya Allah, siapakah manusia itu? Manusia itu lemah dan Engkau masih memikirkan mereka. Manusia hanya makhluk kecil kepentingannya, akan tetapi Engkau masih perhatikan mereka. 7 Ya Allah, Engkau telah meletakkan manusia pada kedudukan yang rendah sedikit berbanding dengan para malaikat. Engkau memberikan mereka kemuliaan dan kehormatan yang luar biasa. 8 Engkau telah menaklukkan segala sesuatu di bawah kakinya. 9 Yesus pernah menjadi rendah sedikit daripada para malaikat untuk seketika waktu. Disebabkan penderitaan dan kematian-Nya di kayu salib, Yesus telah dianugerahkan mahkota kemuliaan dan kehormatan. Melalui ini, Yesus dapat mengalami kematian untuk semua manusia. 10 Memang sepatutnya Allah yang menciptakan dan memelihara segala sesuatu menjadikan Yesus sebagai penyelamat melalui penderitaan. Melalui ini, ramai manusia akan menikmati kemuliaan Yesus kerana Dia adalah pemimpin yang membawa orang kepada penyelamatan yang kekal. 11 Yesus tidak malu menyebut mereka saudara-saudara-Nya, sebab Ia yang menyucikan atau yang disucikan itu semuanya berasal dari satu Bapa. 12 Yesus berkata , Aku akan mengongsikan kepada saudara-saudaraku tentang hal-hal hebat yang telah Kau lakukan dan akan memuji Engkau ketika orang-orang percaya datang bersama untuk menyembah Allah. 13 Kata-Nya lagi, "Aku akan terus percaya kepada Allah dan juga lihat ini mereka seperti anak-anak-Ku yang telah Allah karuniakan kepada-Ku. 14 Anak-anak yang dikaruniakan ini adalah manusia yang mempunyai darah dan daging, maka Yesus akan mengambil bahagian dalam keadaan mereka supaya melalui kematian-Nya, dia yang ada kuasa atas kematian iaitu Iblis dapat dibinasakan. 15 Dan juga membebaskan mereka yang takut akan kematian. 16 Sudah jelas sekali Ia menolong keturunan Abraham, bukannya para malaikat. 17 Oleh itu, Dia harus menjadi sama seperti saudara-saudara-Nya dalam segala perkara dan dengan demikian Dia dapat menjadi Imam Agung yang berbelas kasihan dan setia. Pelayanan-Nya ini membuka jalan agar dosa manusia dapat diampuni. 18 Oleh kerana Yesus sendiri pernah melalui penderitaan dan cubaan, maka Dia dapat menolong orang yang mengalami hal yang sama.