1
Hai orang-orang Galatia yang bodoh, siapakah yang memukau kamu? di depan matamu Yesus Kristus disalibkan dengan jelas.
2
Hal ini saja yang hendak aku tahu dari kamu: Adakah kamu menerima Roh sebab melakukan Hukum Taurat atau kerana percaya kepada perkhabaran Allah?
3
Apakah kamu sebodoh itu? Kamu memulakan dengan Roh, mahukah kamu mengakhirinya dalam daging?
4
Apakah semua yang kamu alami itu sia-sia? jika memang itu untuk kesia-siaan?
5
Jadi apakah Ia memberikan Roh kepada kamu dengan berlimpah dan melakukan mukjizat di antara kamu, oleh sebab kamu melakukan hukum taurat atau kamu percaya kepada perkhabaran Injil?
6
Seperti begitu juga Abraham percaya kepada Allah, maka Allah memperkirakan hal itu kepadanya sebagai kebenaran.
7
Jadi kamu mesti tahu bahawa orang yang beriman disebut anak-anak Abraham.
8
Dan Kitab Suci sebelumnya tahu, bahawa Allah membenarkan orang-orang bukan Yahudi oleh kerana iman, dan telah lebih dulu memberitakan Injil kepada Abraham dengan berkata. "Semua bangsa akan diberkati melalui kamu.''
9
jadi orang yang beriman akan diberkati bersama-sama dengan Abraham.
10
Orang yang bergantung pada pekerjaan Hukum taurat, berada dibawah kutuk. Sebab ada tertulis : "Terkutuk lah orang yang tidak setia melakukan semua yang tertulis dalam kitab Hukum Taurat.''
11
Sebab sangat jelas tiada satu orang pun yang benar di hadapan Allah hanya sebab melakukan hukum Taurat, kerana: ''Orang benar akan hidup oleh Iman.
12
Tetapi, Hukum Taurat tidak berdasarkan pada Iman. Sebaliknya, ''orang yang melakukannya akan hidup kerananya''.
13
Kristus telah menebus kita dari kutuk Hukum Taurat dengan menjadi kutuk bagi kita, kerana ada tertulis, ''Terkutuklah orang yang digantung di kayu salib!''
14
Melalui dalam Yesus Kristus, berkat Abraham sampai kepada orang bukan Yahudi dan dengan iman kita telah menerima Roh yang dijanjikan. janji Allah dan Hukum Taurat.
15
Saudara-saudara, aku memberikan contoh kehidupan sehari-hari, suatu perjanjian yang telah disahkan, sekalipun ia dari manusia, itu tidak dapat dibatalkan atau di tambah oleh seorang pun.
16
Adapun kepada Abraham dan keturunannya dikatakan semua janji itu. Dan tidak dikatakan "kepada keturunan-keturunanya'' yang bermaksud banyak orang, tetapi hanya satu orang, ''dan kepada keturunanmu'', yaitu kristus
17
Maksudku adalah: Janji yang sebelumnya telah disahkan oleh Allah, dan tidak dapat dibatalkan oleh Hukum Taurat, yang baru muncul empat ratus tiga puluh tahun kemudian, sehinggalah kekuatan janji itu hilang.
18
Sebab kalau apa yang ditentukan Allah itu berasal dari Hukum Taurat, ia tidak berasal dari janji; tetapi oleh janjilah Allah memberikan kasih kurnia-Nya kepada Abraham.
19
Jadi, kenapa ada Hukum Taurat? kerana atas pelanggaran Hukum Taurat diberikan, sehinggalah keturunan itu datang seperti yang dimaksudkan perjanjian dan disampaikan dengan perantaraan malaikat ke dalam tangan seorang perantara.
20
Seorang perantara tidak mewakili satu orang saja, sedangkan Allah adalah satu
21
Kalau begitu, adakah janji Allah itu bertentangan dengan Hukum Taurat? Tentu tidak! sebab, kalau Hukum Taurat diberikan untuk memberikan hidup, kebenaran itu pasti dari Hukum Taurat.
22
Tetapi, Kitab suci mengurung semua dibawah kekuasaan dosa, supaya iman dalam Yesus Kristus janji itu diberikan kepada mereka yang percaya.
23
Sebelum iman datang, kita hidup dibawah Hukum Taurat, dan dikurung sehingga iman itu dinyatakan,
24
Jadi hukum Taurat itulah yang memimpin kita sampai Kristus datang, supaya kita dibenarkan kerana iman.
25
Sekarang iman itu sudah datang dan kita tidak lagi hidup dibawah pimpinan hukum Taurat.
26
Kerana iman di dalam Yesus Kristus, kamu semua adalah anak-anak Allah.
27
Sebab kamu semua telah dibaptis dalam Kristus dan telah meliputi dirimu dengan Kristus.
28
Tiada lagi orang Yahudi atau orang Yunani, budak atau orang merdeka, lelaki atau prempuan kerana semua kamu satu dalam Yesus Kristus.
29
Jikalau kamu itu milik Kristus, kamu adalah keturunan-keturunan dan ahli-ahli waris dengan perjanjian