BAB 2

1 Setelah empat belas tahun, aku kembali di kota Yerusalem bersama Barnabas dan membawa Titus bersamaku. 2 Aku pergi atas suatu penyataan dan menjelaskan kepada mereka tentang Injil yang aku beritahu kepada orang-orang bukan Yahudi. Dalam pertemuan peribadi dengan mereka yang berpengaruh supaya apa yang aku lakukan dan yang sudah kukerjakan tidak sia-sia. 3 Tetapi Titus yang bersama dengan aku, adalah orang Yunani, tetapi dia tidak dipaksa untuk bersunat. 4 Memang ada dari saudara-saudara palsu yang menyusup masuk dan memata-matai kebebasan yang kita miliki di dalam Kristus Yesus, melalui jalan itu mereka dapat memperhambakan kita. 5 Namun satu saat pun kami tidak mundur atau tunduk kepada mereka, supaya kebenaran Injil itu tetap tinggal dalam kamu. 6 Dan orang yang berpengaruh itu, dan kedudukannya tidak penting bagiku sebab Allah tidak membeza-bezakan, mereka tidak menambahkan apa-apa bagiku. 7 Tetapi, di sebaliknya mereka dapat melihat bahawa kepadaku dipercayakan pemberitaan Injil untuk orang-orang yang tidak bersunat, sama seperti Petrus yang dipercaya untuk orang-orang bersunat. 8 Sebab Ia yang memberikan kekuatan kepada petrus untuk menjadi rasul untuk orang-orang bersunat, dan Ia juga memberikan kekuatan kepadaku untuk orang-orang yang tidak bersunat. 9 Setelah Yakobus, Petrus dan Yohanes, yang dipandang sebagai pemimpin bagi jemaat menyedari kasih karunia yang dianugerahkan kepadaku, mereka berjabat tangan denganku dan Barnabas sebagai tanda persahabatan, dan kami pergi kepada bangsa asing dan mereka pergi kepada orang yang bersunat. 10 Mereka mahu kami ingat kepada orang-orang miskin, dan memang itulah yang sangat kuusahakan dan melakukannya. 11 Tetapi waktu Petrus datang ke Antiokhia, terang-terang aku menentangnya, sebab ia salah. 12 Dan sebelum ada beberapa orang dari kalangan Yakobus datang, Petrus biasa sudah makan bersama dengan orang bukan yahudi. Tetapi, apabila mereka datang, ia mula berundur dan memisahkan diri sebab takut kepada golongan orang bersunat. 13 Orang Yahudi yang lain ikut bersikap munafik. Sehinggalah Barnabas dipengaruhi oleh kemunafikan mereka. 14 Tetapi ketika aku melihat sikap mereka tidak sama dengan kebenaran ajaran Injil, aku berkata kepada petrus di hadapan ramai orang, "Kalau kamu orang Yahudi dan hidup seperti bukan orang Yahudi, bagaimanakah kamu memaksa orang yang tidak bersunat hidup seperti orang Yahudi?" 15 Kita yang lahir sebagai bangsa orang Yahudi dan bukan orang berdosa dari bangsa bukan Yahudi. 16 Tetapi kita tahu, bahawa tiada satu orang pun dibenarkan kerana melakukan Hukum Taurat, melainkan hanya dengan iman dalam Yesus Kristus. Itulah sebabnya kami percaya kepada Yesus Kristus, supaya kami di benarkan kerana iman dalam Kristus dan bukan kerana melakukan Hukum Taurat. Sebab, tiada satu orang pun dibenarkan kerana melakukan Hukum Taurat! 17 Tetapi, sementara kita berusaha untuk dibenarkan dalam Kristus, dan diri kita juga berdosa, apakah ertinya Kristus pelayan dosa? sudah tentu tidak. 18 Sebab kalau aku membangun kembali apa yang sudah aku robohkan, aku menyatakan diriku sebagai pelanggar hukum. 19 Sebab, dengan Hukum Taurat, aku telah mati, supaya aku dapat hidup untuk Allah. 20 Aku sudah disalibkan bersama dengan Kristus. Bukan aku lagi yang hidup, akan tetapi Kristus yang hidup di dalam aku. Hidup yang kuhidupi dalam daging sekarang ini adalah hidup oleh iman dalam Anak Allah, yang mengasihi aku dan memberikan nyawa-Nya untuk aku. 21 Aku tidak menolak kasih kurnia Allah. Sebab kalau ada kebenaran oleh Hukum Taurat, maka sia-sialah kematian Kristus!