BAB 1

1 Dari Paulus, yang menjadi rasul bukan sebab manusia atau dari manusia, tetapi dari Kristus Yesus dan Allah Bapa yang membangkitkan Dia dari orang mati. 2 Dan, dari semua saudara seiman yang bersama-sama dengan aku, untuk jemaat-jemaat di Galatia. 3 Anugerah dan damai sejahtera untuk kamu dari Allah Bapa kita Tuhan Yesus Kristus. 4 Yang memberikan nyawa-Nya atas dosa-dosa kita untuk menyelamatkan kita dari zaman yang jahat ini sesuai kehendak Allah Bapa kita. 5 Bagi Dialah kemuliaan sampai selama-lamanya. Amin. 6 Aku hairan, kamu sangat cepat meninggalkan Dia, yang memanggil kamu dari anugerah Kristus, dan memilih kepada injil lain. 7 Sedangkan, injil yang lain itu tidak ada. Tetapi, oleh kerana ada orang yang mengganggu kamu dan memutarbelitkan Injil Kristus. 8 Jika kami atau seorang malaikat dari syurga memberitahu kepada kamu injil yang berbeza dengan apa yang kami beritahu kepada kamu, terkutuklah dia! 9 Seperti yang sudah kami katakan sebelumnya dan sekarang ini aku berkata lagi, jika ada orang yang memberitahu kepada kamu Injil yang berbeza apa yang sudah kamu terima, biarlah dia terkutuk. 10 Apakah aku mencari persetujuan manusia atau persetujuan Allah? Atau, apakah aku masih menyenangkan manusia? jikalau aku hendak menyenangkan manusia, aku bukanlah hamba Kristus. 11 Saudara-saudara, aku ingin kamu tahu bahawa injil yang kami beritakan bukanlah injil buatan manusia. 12 Juga aku bukan menerimanya dari manusia atau mempelajarinya,tetapi aku menerimanya dari pewahyuan dari kristus Yesus. 13 Sebab kamu telah mendengar tentang kehidupanku dahulu dalam agama Yahudi: betapa aku menganiaya jemaat dengan kejam, dan berusaha untuk membinasakan mereka. 14 Didalam agama Yahudi aku jauh lebih maju berbanding dengan orang-orang sebaya diantara bangsaku. Aku sangat rajin memelihara adat istiadat nenek moyangku. 15 Tetapi apabila Allah, yang telah mengasingkanku sejak dalam kendungan ibuku dan telah memanggil aku melalui kasih kurnianya. 16 Allah mahu menyatakan Anak-Nya kepadaku supaya aku dapat mengkhabarkan berita baik tentang Anak-Nya kepada bangsa-bangsa yang bukan Yahudi. Pada waktu itu aku tidak minta nasihat daripada siapa pun. 17 Aku tidak pergi ke Yerusalem untuk bertemu dengan mereka yang telah menjadi rasul sebelum aku. Sebaliknya aku pergi ke tanah Arab, lalu kembali lagi ke kota Damsyik. 18 Tiga tahun kemudian, aku pergi ke Yerusalem untuk berjumpa dengan Kefas, dan aku menginap lima belas hari di rumahnya. 19 Tetapi tiada satu pun dari rasul-rasul yang lain yang aku lihat, kecuali Yakobus, saudara Tuhan Yesus. 20 Di hadapan Allah kutegaskan kepadamu ini benar, aku tidak berbohong. 21 Selepas itu aku pergi ke daerah-daerah Siria dan Kilikia. 22 Tetapi rupaku tidak dikenal oleh jemaat-jemaat Kristus di Yudea. 23 Mereka telah mendengar, bahawa ia yang dulu menganiaya mereka, sekarang memberitakan iman, yang pernah hendak dibinasanya. 24 Dan mereka memuliakan Allah sebab aku.