BAB 4

1 Yang dimaksudkan adalah; selama waris belum kanak-kanak, sedikit pun tiada bezanya dengan seorang hamba, walaupun ia adalah tuan dari segala miliknya. 2 Dia masih dibawah kawalan para penjaga dan pengurus sehingga masa yang ditentukan oleh bapanya. 3 Sama seperti kita ketika masih kanak-kanak, dan di perhambakan oleh roh-roh dunia ini. 4 Tetapi apabila penggenapan tiba, Allah mengutus Anak-Nya, yang lahir dari seorang perempuan dan tunduk kepada hukum Taurat. 5 Dia diutus untuk menebus mereka, yang tunduk kepada hukum Taurat, supaya kita diterima menjadi anak-anak-Nya. 6 Oleh kerana kita adalah anak-anak-Nya, Allah mengutus Roh Anak-Nya ke dalam hati kita, yang memanggil, ''Abba, Bapa.'' 7 Jadi, kita bukan hamba lagi, tetapi anak. Kalau kamu anak, Kamulah waris yang dijadikan Allah melalui Kristus. 8 Ketika dahulu kamu tidak mengenal Allah, kamu menjadi hamba kepada yang dasarnya bukan Allah. 9 Tetapi sekarang kamu sudah mengenal Allah atau yang lebih tepat, kamu sudah dikenal Allah, bagaimana lagi kamu berbalik kepada roh-roh dunia yang lemah dan tidak berguna dan mula mahu diperhambakan diri lagi? 10 Kamu merayakan hari-hari tertentu, bulan-bulan, masa-masa yang sudah ditetapkan dan tahun-tahun. 11 Aku gelisah jikalau segala usahaku sia-sia untuk kamu. 12 Aku mohon kepadamu, saudara-saudara, jadilah sama seperti aku, sebab aku pun telah menjadi sama seperti kamu. kamu tidak pernah bersalah terhadap aku. 13 Kamu tahu, pertama kali aku memberitakan Injil kepadamu, kerana sakit tubuh yang aku rasakan. 14 Walaupun keadaan tubuhku adalah ujian bagimu, kamu tidak menolak atau menghina aku, Tetapi,kamu menerima aku seperti menyambut seorang malaikat Allah, dan sama seperti menyambut Yesus Kristus sendiri. 15 Sungguh bahagianya kamu pada masa itu! tetapi sekarang dimanakah bahagiamu itu? sebab aku boleh bersaksi tentang kamu, kalau boleh, kamu rela mencungkil matamu sendiri dan memberikannya kepadaku. 16 Apakah kerana aku menunjukkan kebenaran kepadamu aku menjadi musuhmu? 17 Mereka sangat berusaha untuk menarik kamu, tetapi tidak dengan maksud yang baik. Mereka mahu mengasingkan kamu, Supaya kamu selalu mengikuti mereka. 18 Memang baik kalau selalu menarik orang dalam perkara yang baik, bukan hanya masa aku ada bersama kamu. 19 Anak-anakku, untuk kamu sekali lagi aku menderita sakit bersalin, sampai kristus dinyatakan didalam kamu. 20 Aku mahu ada ditengah-tengah kamu saat ini, sehingga aku mengubah caraku berkata-kata dengan suara yang lain, sebab aku kehabisan fikiran menghadapi kamu. 21 Kepada kamu yang mahu hidup di bawah hukum taurat, katakanlah kepadaku, adakah kamu mendengarkan hukum Taurat? 22 Ada tertulis, bahawa Abraham ada dua anak satu orang dari perempuan hambanya dan satu orang lagi dari perempuan yang merdeka. 23 Tetapi anak dari pada perempuan hambanya itu diperanakkan mengikut daging dan anak dari perempuan yang merdeka itu atas janji. 24 Ini adalah satu lambang, sebab kedua perempuan itu melambangkan dua ketentuan Allah; yang satu berasal dari gunung sinai dan melahirkan anak-anak perhambaan, dialah Hagar. 25 Hagar melambangkan gunung sinai di tanah arab, sama seperti Yerusalem saat ini, sebab hidup dalam perhambaan dengan anak-anaknya. 26 Tetapi Yerusalem yang diatas itu bebas, dan dialah ibu kita semua. 27 Sebab ada tertulis; ''Bergembiralah, hai perempuan mandul, Sebab kamu tidak melahirkan anak; bersukacitalah, kamu yang tidak pernah merasa sakit melahirkan anak; kerana perempuan yang ditinggalkan suaminya lebih ramai anak daripada perempuan yang bersuami.'' 28 Saudara-saudaraku, kita adalah anak perjanjian seperti ishak. 29 Di masa itu, anak yang lahir mengikut daging menganiaya anak yang lahir menurut Roh, sama seperti sekarang ini. 30 Tetapi, apa kata kitab suci? ''Usirlah hamba perempuan itu bersama anaknya sebab anak hamba perempuan itu tidak akan menjadi waris seperti anak perempuan merdeka itu.'' 31 Sebab itu saudaraku, kita bukan dari anak-anak hamba perempuan itu, tetapi dari perempuan medeka itu.