1 Tuan Teofilus yang terhormat, banyak orang yang telah berusaha membuat laporan tentang peristiwa yang terjadi diantara kami. 2 Mereka menulis sesuai dengan apa yang diceritakan kepada kami dari mereka menyaksikan peristiwa itu dari permulaan dan kemudian mengistiharkan berita itu. 3 Tetapi sekarang, Tuan Teofilus yang terhormat, saya sendiri telah menyelidiki semua peristiwa itu dari permulaannya, maka ada baiknya saya juga menulis satu laporan yang teratur untuk tuan. 4 Saya berbuat demikian supaya tuan tahu dengan selengkapnya tentang apa yang diajarkan kepada tuan memang benar. 5 Ketika Herodes menjadi raja negeri Yudea, ada seorang imam bernama Zakharia. Dia termasuk dalam golongan imam Abia. Isterinya bernama Elisabet dari keturunan imam Abia. 6 Kehidupan suami isteri itu menyenangkan hati Allah. Mereka mentaati semua hukum dan perintah Tuhan. 7 Mereka tidak mempunyai anak kerana Elisabet mandul dan kedua-duanya sudah lanjut usia. 8 Pada suatu hari, Zakharia dan rakan-rakan segolongannya mendapat giliran untuk bertugas di Rumah Tuhan. 9 Seperti biasa para imam membuang undi dan Zakharia terpilih untuk masuk ke dalam Rumah Tuhan dan membakar kemenyan di atas mezbah. 10 Sementara upacara pembakaran kemenyan berlansung, orang ramai berdoa diluar. 11 Pada waktu itu malaikat Tuhan menampakkan diri kepada Zakharia. Malaikat itu berdiri di sebelah kanan mezbah tempat membakar kemenyan. 12 Ketika Zakharia nampak malaikat itu, dia cemas dan takut. 13 Tetapi malaikat itu berkata kepadanya, '' Janganlah takut, Zakharia! Allah sudah mendengar doamu. Isterimu akan melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan dia Yohanes. 14 Engkau akan sangat bersukacita dan bergembira, dan banyak akan bersukacita dia dilahirkan!. 15 Dia akan menjadi orang besar disisi Tuhan. Dia tidak boleh minum wain atau minuman keras. Sejak dirahim ibunya dia akan dikuasai oleh Roh Kudus. 16 Ia akan membuat banyak diantara orang Israel berbalik kepada Tuhan, Allah mereka. 17 Ia akan pergi mendahului Tuhan dalam roh dan kuasa Elia untuk mengembalikan hati bapa kepada anaknya. Ia juga membuat orang-orang yang tidak taat supaya berbalik kepada hikmat orang yang benar. Dengan begitu, ia mempersiapkan umat yang telah disediakan bagi Tuhan. 18 Zakharia berkata kepada malaikat itu, " bagaimana aku tahu tentang ini? Sebab, aku dan isteriku sudah tua." 19 Malaikat itu menjawab, "Aku adalah Gabriel malaikat yang berdiri di hadapan Allah. Aku diutus untuk berbicara dan menyampaikan khabar baik kepadamu. 20 Apa yang aku katakan akan berlaku pada waktunya. Tetapi engkau akan bisu sehingga apa yang aku katakan terjadi. 21 Sementara itu, orang ramai sedang menunggu Zakharia. Mereka hairan kenapa dia begitu lama berada di Rumah Tuhan. 22 Ketika Zakharia keluar, dia tidak dapat bercakap kepada mereka. Dia memberikan isyarat dengan tangan sebab bisu. Lalu orang disitu tahu yang Zakharia sudah nampak satu penglihatan di dalam rumah Tuhan. 23 Setelah habis masa Zakharia bertugas di rumah Tuhan, dia pulang ke rumah. 24 Setelah kejadian itu, Elisabet, isterinya mengandung dan tidak memunculkan diri selama lima bulan. 25 Elisabet berkata, "Akhirnya Tuhan menolong aku. Dia telah menghapus keaibanku.'' 26 Setelah Elisabet mengandung enam bulan, Allah mengutus malaikat Gabriel ke Nasaret, sebuah kota di negeri Galilea. 27 Ia diutus untuk membawa khabar baik kepada seorang wanita bernama Maria seorang tunang bernama Yusuf, keturunan Raja Daud. 28 Malaikat itu datang dan berkata kepada Maria, "Salam sejaterah, engkau yang diberkati oleh Tuhan! Tuhan menyertai engkau!'' 29 Maria bergetar kerana takut mendengarkan kata-kata malaikat itu dan dia berfikir tentang maksud salam itu. 30 Malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah takut, Maria, sebab aku berkenan kepadamu. 31 Engkau akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki, dan hendaklah engkau menamakan Ia Yesus. 32 Dia akan menjadi agung dan akan disebut Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan , Allah akan menjadikan Dia Raja seperti Daud, nenek moyangnya. 33 Dia akan memerintah atas keturunan Yakub untuk selama-lamanya dan kerajaan-Nya tidak akan habis. 34 Maria berkata kepada malaikat itu, " Aku masih perawan. Bagaimanakah ini akan terjadi?" 35 Malaikat itu menjawab, "Roh Kudus akan datang ke atasmu, dan kuasa Allah akan menguasai engkau. Itulah sebabnya anak yang akan lahir itu disebut Suci, Anak Allah. 36 Lagi pula, saudaramu Elisabet yang dulu dikatakan mandulpun telah hamil enam bulan walaupun sudah tua. 37 Sebab, bagi Tuhan tidak ada yang mustahil." 38 Maria berkata, "Aku ini hamba Tuhan. Maka terjadilah kepadaku seperti yang engkau katakan" Lalu malaikatpun meninggalkannya. 39 Setelah itu, Maria bersiap dan bergegas pergi ke sebuah kota di kawasan pergunungan Yuhuda. 40 Dia masuk ke dalam rumah Zakharia dan memberi salam kepada Elisabet. 41 Ketika Elisabet mendengar salam dari Maria, anak di dalam kandungannya melompat kerana dipenuhi Roh Kudus. 42 Kemudian Elisabet berteriak dengan suara yang kuat, " Diberkatilah engkau diantara semua perempuan, dan diberkatilah kandunganmu. 43 Siapakah aku ini sehingga ibu Tuhanku datang kepadaku? 44 Apabila aku mendengar salammu, anak kandunganku melompat kerana sukacita. 45 Diberkatilah kamu kerana percaya apa yang dikatakan Tuhan, kepadamu akan berlaku!" 46 Maria berkata, "Jiwaku meninggikan Tuhan; 47 rohku bergembira kerana Allah penyelamatku, 48 Sebab, Allah meningat hamba-Nya yang hina. Dari sekarang hingga selama-lamanya, orang akan berkata aku diberkati, 49 kerana Yang Maha Kuasa telah melakukan perkara besar kepadaku. 50 Dia mengasihani mereka yang takut akan akan Dia, dari generasi ke generasi yang lain. 51 Dia telah menunjukkan kuasa dengan tanganNya; Dia telah menghancurkan mereka yang berhati sombong dalam pemikiran. 52 Ia menurunkan para penguasa dari takhta mereka, dan meninggikan orang-orang yang rendah hatinya. 53 Ia telah mengenyangkan orang yang lapar dengan kebaikan, tapi mengusir orang kaya pergi dengan tidak ada apa-apa. 54 Allah telah memberi pertolongan kepada Israel, hamba-Nya, kerana mengingat rahmat-Nya. 55 Sebagaiamana apa yang telah dikatakan Ia kepada nenek moyang kita, Abraham, dan keturunannya untuk selamanya. 56 Dan Maria tinggal bersama Elisabet lebih kurang tiga bulan lamanya, lalu ia pulang ke rumahnya. Kelahiran Yohanes Pembaptis 57 Sekarang sampai masanya untuk Elisabet melahirkan seorang anak lelaki. 58 Para jirannya mendengar yang Tuhan telah menunjukkan rahmatNya yang besar kepada Elisabet, dan mereka ikut gembira. 59 Pada hari kelapan, mereka datang untuk menyunat anak itu. 60 Mereka mahu menamai anak itu Zakharia, seperti nama ayahnya. Tapi, ibunya berkata" Tidak, nama dia Yohanes." 61 Orang-orang itu berkata kepada Elisabet, " Tidak ada seorangpun diantara sanak-saudaramu yang sama dengan nama itu." 62 Kemudian, mereka memberikan isyarat kepada Zakharia untuk bertanya, nama apa yang ingin dia berikan pada anaknya itu. 63 Zakharia meminta sebuah papan tulis, dan menulis seperti ini: "Namanya Yohanes." Dan, semua orang menjadi heran. 64 Masa itu juga, mulut Zakharia terbuka dan lidahnya bergerak. Ia pun mula berkata-kata dan memuji Allah. 65 Semua jiran mereka menjadi takut dan kejadian ini menjadi percakapan di seluruh desa perbukitan Yudea. 66 Dan, orang yang dengar hal ini tertanya-tanya dalam hati mereka, " Anak ini akan menjadi apa nanti?" Sebab, tangan Tuhan menyertainya. Zakharia meninggikan Allah. 67 Zakharia, ayah Yohanes juga dipenuhi dengan Roh Kudus dan bernubuat, katanya, 68 "Terpujilah Tuhan, Allah Israel sebab ia telah datang dan menebus umat-Nya. 69 Ia telah membangkitkan tanduk keselamatan untuk kita keturunan Daud, hamba-Nya. 70 Demikian firman-Nya dengan perantaraan nabi-nabi-Nya yang suci sejak dulu. 71 Dia berjanji menyelamatkan kita daripada lawan kita, dan daripada semua orang yang membenci kita; 72 Dia mengasihani nenek moyang kita, dan mengingati janji-Nya yang suci, 73 Dia berjanji kepada nenek moyang kita, Abraham, 74 untuk menyelamatkan kita daripada musuh-musuh supaya tanpa rasa takut kita memuji Dia 75 dalam kesucian dan perbenaran dalam hidup kita. 76 Engkau anakku akan disebut nabi Allah yang Maha Tinggi kerana engkau mendahului Tuhan demi menyediakan jalan-Nya 77 untuk memberitahu umat-Nya bahawa mereka diselamatkan melalui pengampunan atas dosa-dosa mereka. 78 79 Oleh kerana Allah mengasihani kita, cahaya matahari akan terbit dari tempat tinggi untuk menerangi orang yang tinggal dalam kegelapan dan bayang maut serta memimpin kita ke jalan yang damai." 80 Anak itu bertambah besar dan semakin kuat dalam rohnya. Dia tinggal di gurun sampai dia muncul pada golongan bangsa Israel.