BAB 4

1 Dengan itu, aku dipenjarakan kerana Tuhan, aku menasihatkan kamu, sebagai orang yang telah dipanggil hiduplah sesuai dengan panggilan itu. 2 Kamu mestilah selalu rendah hati, lemah lembut,sabar dan saling membantu di dalam kasih. 3 Dan berusaha memelihara kesatuan dalam Roh dengan ikatan damai sejahtera. 4 Satu tubuh, dan satu Roh, sepertimana kamu telah di panggil dengan satu pengharapan dari panggilan itu. 5 Satu Tuhan, satu iman, satu baptisan, 6 satu Allah dan Bapa dari semua, Allah di atas semuanya dan melalui semuanya, dan dalam semuanya. 7 Tetapi, kepada kita masing-masing di berikan kasih kurnia sesuai dengan pemberian Kristus. 8 Itu sebabnya, kata firman-Nya, ''apabila Dia naik di tempat tinggi, Dia membawa orang tawanan, dan memberikan kurnia kepada manusia.'' 9 Ketika dikatakan, ''Dia naik,'' bukankah itu ertinya Dia juga turun paling bawah di bumi? 10 Dia yang turun, Dia juga yang naik jauh lebih tinggi dari pada semua langit untuk memenuhi segala sesuatu. 11 Dan Dialah yang memberikan, kepada rasul-rasul dan nabi-nabi, baik penyebar Injil maupun gembala-gembala dan pengajar, 12 untuk memperlengkapi orang-orang kudus untuk pekerjaan pelayanan untuk membangun tubuh Kristus, 13 sehingga kita semua mencapai kesatuan iman dan pengharapan yang benar tentang Anak Allah, supaya menjadi dewasa, dan bertumbuh dengan sesuai kepenuhan Kristus. 14 Dengan itu, kita bukan lagi anak-anak yang diombang ambing oleh pelbagai angin pengajaran, dan tipu daya manusia, dalam kelicikan mereka yang menyesatkan. 15 Sebaliknya, berkata benar dalam kasih, dan bertumbuh dalam segala hal kepada Dia yang menjadi kepala, iaitu Kristus. 16 Daripada Dia, seluruh tubuh tersusun rapi dan diikat menjadi satu dalam semua bahagian pelayanan dan menjalankan peranan masing-masing,bertumbuh untuk meneguhkan dirinya dalam kasih. 17 Oleh itu, aku katakan dan tegaskan didalam Tuhan, kamu jangan hidup seperti orang-orang yang tidak percaya dengan Allah dan hidup dengan fikiran yang sia-sia. Kerana kebodohan yang ada dalam diri mereka yang disebabkan oleh kekarasan hati, 18 pengertian mereka menjadi gelap dan terpisah dari hidup persekutuan dengan Allah. 19 Perasaan mereka jadi tumpul, sehingga mereka menyerahkan diri kepada hawa nafsu dan melakukan segala kecemaran dengan rakus. 20 Tetapi, bukan itu yang kamu pelajari tentang Kristus. 21 Kalau kamu telah mendengar-Nya dan diajar dalam Dia, sepertimana kebenaran yang ada dalam Yesus. 22 Oleh itu, buanglah manusia lamamu, yang telah dirosakkan oleh tipu daya hawa nafsu. 23 Supaya di baharui pemikiranmu didalam roh. 24 Dan kenakanlah manusia baru, yang diciptakan sesuai kehendak Allah dalam kebenaran dan kekudusan yang sejati. 25 Oleh itu, buanglah kepalsuan, marilah setiap kamu bercakap benar di antara kamu sebab kita sama-sama anggota dari satu tubuh. 26 Apabila kamu marah, janganlah berbuat dosa. jangan biarkan kemarahanmu sehingga matahari terbenam. 27 Jangan memberikan kesempatan kepada Iblis. 28 Orang yang mencuri haruslah berhenti mencuri dan mula bekerja, dan melakukan pekerjaan yang baik dengan tangannya sendiri, supaya dapat memberi kepada orang yang berkekurangan. 29 Jangan biarkan perkataan kotor yang keluar dari mulutmu, tetapi gunakanlah perkataan yang baik untuk membangun, mengikut keperluannya, supaya menjadi berkat kepada yang mendengar. 30 Dan janganlah kamu membuat Roh kudus Allah bersedih yang telah memeteraikan kamu di hari penebusan. 31 Buanglah segala kepahitan, kegeraman dan kemarahan, pertikaian, fitnah dan semua kejahatan. 32 Tetapi haruslah kamu ramah satu dengan yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni seperti Allah mengampuni kamu dalam Kristus.