BAB 3

1 Sebab inilah aku paulus, di penjarakn kerana Yesus Kristus untuk kamu orang bukan Israel. 2 Pasti kamu sudah mendengar, bahawa aku diberi tugas untuk melakukan pekerjaan kasih kurnia Allah untuk kamu. 3 Melalui penyetaan ini, Allah telah memberitahu rahsia itu kepadaku seperti yang sudah kutuliskan secara ringkas. 4 Dan bila kamu membacanya, kamu tahu daripadanya pengertianku tentang rahsia Kristus. 5 Pada zaman dahulu rahsia itu tidak diberitahu kepada anak-anak manusia, seperti mana sekarang telah di nyatakan Roh kepada para rasul dan para nabi-Nya yang kudus. 6 Bahawa orang bukan Yahudi, sebab khabar Injil, turut menjadi waris, menjadi satu tubuh dan sama-sama mendapat bahagian daripada perjanjian Allah dalam Yesus Kristus. 7 Dari Injil itu aku menjadi pelayannya mengikut pemberian kasih kurnia Allah, yang di berikan kepadaku sesuai dengan pelaksanaan kuasa-Nya. 8 Kepadaku, yang paling hina di antara semua orang kudus, telah diberikan kasih kurnia ini, untuk memberitahukan kepada orang bukan Yahudi kekayaan Kristus, yang mungkin tidak dapat dicari itu. 9 dan membawa terang kepada setiap orang rahsia yang tersembunyi berabad-abad dalam Allah, yang menciptakan segala sesuatu. 10 Supaya sekarang kepada jemaah diberitahukan berbagai kebijaksanaan Allah kepada pemerintah dan penguasa di syurga. 11 Sesuai dengan maksud-Nya yang kekal dan di laksanakan-Nya dalam Yesus Kristus, Tuhan kita. 12 Di dalam Dia kita mendapat keberanian dan jalan masuk kepada Allah dengan keyakinan melalui iman kita kepada-Nya. 13 Oleh itu, aku minta kepadamu, janganlah tawar hati melihat kesusahanku kerana kamu, sebab kesusahanku ini adalah kemuliaanmu. 14 Itulah sebabnya aku bersujud di hadapan Bapa. 15 Dari Dialah, setiap bangsa di syurga dan di bumi telah di namakan. 16 Aku berdoa supaya Dia memberikan kepadamu, menurut kekayaan kemuliaan-Nya menguatkan kamu melalui Roh-Nya di dalam diri kamu. 17 Semoga Kristus tinggal di hatimu melalui iman. dan kamu, berakar melalui di dalam kasih. 18 Aku berdoa supaya kamu dan orang-orang kudus dapat memahami betapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih Kristus. 19 Dan dapat mengenal kasih Kristus, yang tidak terselami oleh pengetahuan manusia supaya kamu dipenuhi dalam seluruh kepenuhan Allah. 20 Bagi Allah, yang sanggup melakukan lebih banyak dari yang kita doakan dan fikirkan, sesuai kuasa-Nya yang bekerja di dalam kita. 21 Bagi Dialah dalam jemaah dan dalam Yesus Kristus seluruh generasi ke generasi sampai selama-lamanya! Amin.