1 Selepas ari sabat lewat, menyelang naiknya mata ari pade ari petama mingu itu, pegilah Maria Magdalena dan Maria yang lain, menengok kubur itu. 2 Maka tejadilah gempa bumi yang kuat sebeb sorang malaikat Tuhan turun agi langit dan datang kebatu itu dan ngolengkannya lalu dudok dak atasnya. 3 Wajahnya bagaikan kilat dan pakainya putih bagaikan salju. 4 Dan Penyage-penyage itu genter ketakotan dan nyedi macam urang-urang mati. 5 akan tapi malekat itu becakap dekat betina-betina itu: ”janganlah mika takot; sebeb aku tahu mika nyari Yesus yang disalibkan itu. 6 Die tide ade dak sika, sebeb die dah bangun, sama macam yang dah dicakap-Nya. can, tengoklah laboh Die goleng. 7 Dan cepatlah pegi dan cakaplah dekat murid-murid-Nya bahwe Die dah bangun agi antara urang mati. Die melewatkan mika ke Galilea; dak sana mika akan nengok Die. Sesungohnya aku dah nyakapnya dekat mika.“ 8 mereka cepat pegi agi kubur itu, Dengan takot dan dengan sukaria yang beser dan belompat cepat-cepat untuk meritahu dekat murid-murid Yesus. 9 Tibe-tibe Yesus bejompa dengan mereka dan becakap: ’’salam bagi mika“ mereka dekat-Nya dan melok kaki-Nya serta nyemah Die. 10 Maka cakap Yesus dekat mereka: ”jangan takot. Pegi dan cakaplah dekat sedara-sedara-Ku, supaya mereka pegi ke Galilea, dak sanalah mereka akan nengok Aku.“ 11 Mereka dak tengah jalen, datanglah beberapa urang agi jel itu ke kota dan meri tau segale yang tejedi itu dekat imam-imam kepala. 12 Dan sesudah berondeng dengan tua-tua, Mereka ngami keputusan dah tu meri sejumlah beser duet dekat kompi itu. 13 Dan becakap: ”mika arus cakapkan,kalau murid-murid-Nya datang malam-malam dan nyuri-Nya waktu mika tengah tidur. 14 Dan apabila hal ika didenger oleh wali negeri, kami akan becakap dengan die, sehinga mika tide dapat kesulitan apa-apa.“ 15 mereka nerima duet itu dan bebuet macam yang dipesankan dekat mereka. Dan cerita ika tesebar dak antara urang Yahudi sampai jem ika. 16 Dan kesebeles murid itu berangkat ke Galilea, ke bukit yang dah di tunyokkan Yesus pade mereka. 17 Waktu nengok Die mereka nyemah-Nya, tapi beberapa urang ragu-ragu. 18 Yesus nekat mereka dan becakap: ”Dekat-Aku dah diberikan segale kuasa dak sorga dan dak bumi. 19 Agem itu pegilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalem nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, 20 Dan ajerlah mereka melakukan segale sesuatu yang dah Aku perentahkan pade mika dan ketahuilah, Aku nyerta mika senantiasa sampai kepada aher jaman.“