Pasal 14

1 “Janganlah risau hati dikau; Pecayalah dekat Allah, pecayalah juge dekat Aku. 2 Di umah Bapa Aku banyak tempat tingel. Kalau tide gitu, tentu Aku nyakapnya dak dikau. Sebeb Aku pegi ke situ untok menyiapkan tempat untok dikau. 3 Dan apabile Aku dah pegi kesitu dan dah menyiapkan tempat untok dikau, Aku akan datang agi dan mawe dikau dak tempat Aku supaya dak tempat dak mana Aku ade, dikaupun ade. 4 Dan kemana Aku pegi, dikau tau jalen kesitu.” 5 Kata Tomas kepada-Nya: “Tuhan, kami tide tau kemana dikau pegi; jadi macam mana kami tau jalen kesitu?” 6 Kata Yesus dekatnya: “Akulah jalen yang betul dan idup, tide ade sorangpun yang datang dekat Bapa, kalau tide lewat Aku. 7 Sekiranya dikau ngenal Aku, pasti dikau juge ngenal Bapa Aku jem ika dikau juge ngenal Die dan dikau dah nampak Die.” 8 Kata Filipus dekat-Nya: “Tuhan, tunyoklah Bapa itu dak kami, itu dah cukup untok kami.” 9 Kata Yesus dekatnya: “dah sekian lama Aku besama-sama dikau, Filipus, namun dikau tide ngenal Aku? Barangsapa dah nampak Aku, ia dah nengok Bapa; macam mana dikau becakap: Tunyokkanlah Bapa itu dekat kami. 10 Tide pecayakah dikau, kalau Aku dak dalam Bapa dan Bapa dak dalam Aku? Apa yang Aku cakap dak dikau, tide Aku cakap agi diri Aku sorang, tetapi Bapa, yang diem dak dalem Aku, Dielah yang muet pekejaannye. 11 Pecayalah dekat Aku, kalau Aku dalem Bapa dan Bapa dak dalam Aku; atau setide-tidenya, pecayalah agem pekerjaan-pekerjaan itu sendiri. 12 Aku nyakap dak dikau: sesongohnya barang sapa pecaya dekat Aku, Die akan ndakukan juge pekerjaan-pekerjaan yang Aku buatkan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebeh beser agipada itu. Sebeb Aku pegi dekat Bapa; 13 dan apa juge yang dikau mintak dalem nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa disayong dak dalem Anak. 14 Kalau dikau minta sesuatu dekat aku dalam nama Aku, Aku akan melakukannye.” 15 “Kalau dikau mengasehi Aku, dikau akan nurut semua perentah-Ku. 16 Aku akan minta dekat Bapa, dan ie akan meri dekat dikau sorang penolong yang lain, supaya ie mendampeng dikau selama-lamanya, 17 yaitu Roh kebenaran dunia tide dapat nerima Die agem dunia tide nampak Die dan tide ngenal Die tapi dikau mengenal Die, agem die mendampeng dikau dan akan diem dak dalem dikau. 18 Aku tide akan meningelkan dikau macam yatim piatu. Aku akan datang agi dekat dikau. 19 Tingel sekejep agi dan dunia tide akan nengok Aku agi, tapi dikau nengok Aku, Agme Aku idup dan dikaupun akan idup. 20 Pade waktu itulah dikau akan tau, kalau Aku dak dalem Bapaku dah dikau dak dalem Aku dan Aku dak dalem dikau. 21 Siapapun megang perintah-Ku dan melakukannya, dielah yang mengaseh Aku. Dan sapapun mengaseh Aku, ie akan di kaseh oleh Bapa-Ku dan Akupun akan mengaseh die dan akan menyatakan diri-Ku dekatnya.” 22 Yudas yang bukan Iskariot, becakap dekatnya: “Tuhan, apakah sebebnya maka dikau nak menyatakan diri-Mu dekat kami, dan bukan dekat dunia?” 23 Jaub Yesus “Kalau seorang mengaseh Aku, ie akan menuruti Firman-Ku dan Bapa-Ku akan mengaseh die dan kami akan datang dekatnya dan diem besama-sama dengan die. 24 Barang siapa tide mengaseh Aku, ie tide melakukan Firman-Ku; dan Firman yang dikau denger itu bukanlah agi pada-Ku, melainkan agi Bapa yang mengutus Aku. 25 Semuanya itu Aku cakap dak dikau, selagi Aku berade besama sama dengan dikau; 26 tetapi pengibur, yaitu Roh Kudus, yang akan di utus oleh Bapa dalem nama-Ku, Dialah yang akan mengajerkan segala sesuatu dekat dikau dan akan mengingatkan dikau akan semua yang telah Aku cakap dak dikau. 27 Damai sejahtera kutingelkan untok-Mu. Damai sejahtera-Ku Aku berikan dekat dikau, dan apa yang Aku berikan tide macam yang di berikan oleh dunia dekat dikau. Janganlah risau dan takot hati dikau. 28 Dikau dah denger, kalau Aku dah becakap dekat dikau: Aku pegi, tapi Aku datang Agi dekat dikau. Sekiranya dikau mengaseh Aku, dikau tentu akan besukacita agem Aku pegi dekat Bapaku, sebeb Bapa lebeh beser agipada Aku. 29 Dan jem ika juge Aku nyakap dak dikau sebelum hal itu tejadi. 30 Tide bayak agi Aku becakap-cakap dengan dikau, sebeb penguasa dunia ika datang dan ie tide bekuasa sedikitpun atas diriku. 31 Tapi supaya dunia tau, kalau Aku mengaseh Bapa dah kalau Aku melakukan segale sesuatu macam yang diperintahkan Bapa dekat Aku, bangunlah, kecanlah kita pegi agi sika.” 30 Tide bayak agi Aku becakap-cakap dengan dikau, sebeb penguasa dunia ika datang dan ie tide bekuasa sedikitpun atas diriku. 31 Tapi supaya dunia tau, kalau Aku mengaseh Bapa dah kalau Aku melakukan segale sesuatu macam yang diperintahkan Bapa dekat Aku, bangunlah, kecanlah kita pegi agi sika.”