BAB 5

1 Pada suatu hari, orang banyak berkerumun di sekeliling Yesus untuk mendengarkan firman Allah. Waktu itu, Yesus berdiri di tepi pantai Genesaret. 2 Dia melihat dua perahu di situ. Para nelayan yang menankap ikan telah turun dari perahu itu untuk memcuci jala mereka. 3 Yesus naik ke salah satu perahu, iaitu milik Simon, dan menyuruh Simon untuk mendayung perahunya sedikit menjauh dari darat. Kemudian, Yesus duduk dan mengajar orang ramai dari atas perahu. 4 Setelah siap mengajar, Dia berkata kepada Simon, "Pergilah ke tempat air yang dalam dan tebarkanlah jalamu untuk menankap ikan." 5 Simon menjawab, "Guru, kami bekerja keras sepanjang malam, tapi tidak mendapatkan apa-apa! Akan tetapi, karena Engkau yang menyuruh, aku akan menebarkan jala ini." 6 Setelah mereka melakukannya, mereka menangkap banyak ikan sehingga jala hampir koyak. 7 Lalu, mereka memberi isyarat kepada kawan-kawan di perahu yang lain untuk datang dan membantu mereka. Kemudian, datanglah kawan-kawan ,ereka dan mingisi kedua perahu itu dengan ikan hingga perahu mereka hampir tenggelam. 8 Apabila Simon Petrus melihat apa yang berlaku, dia bersujud di depan Yesus dan berkata, "Tinggalkan hamba, ya Tuhan, kerana hamba seorang yang berdosa!" 9 Simon dan semua orang yang bersamanya kagum melihat begitu banyak ikan yang dapat ditankap mereka. 10 Begitu juga Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus, rakan-rakan Simon. Yesus berkata kepada Simon, "Jangan takut! Mulai sekarang, engkau akan menjala manusia." 11 Setelah mereka menarik perahu-perahu ke darat, mereka meninggalkan segala sesuatu dan mengikut Yesus. 12 Suatu hari, Yesus berada di sebuah kota. Di kota itu, ada seorang lelaki berpenyakit kulit yang menakutkan. Ketika orang itu melihat Yesus, ia bersujud dan memohon kepada-Nya, "Tuan, jika Engkau mahu, Engkau boleh menymbuhkan saya! 13 Yesus menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh orang itu. Kata-Nya, "Aku mahu, sembuhlah!" Selepas itu juga, penyakitnya tiada lagi. 14 Yesus memerintahkan dia, "Jangan beritahu hal ini kepada sesiapapun. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam. Persembahkan korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti kepada semua orang yang kamu sudah sembuh." 15 Tapi, berita tentang Yesus semakin tersebar sehingga banyak orang datang berkumpul untuk mendengarkan Dia dan utnuk disembuhkan dari penyakit mereka. 16 Tetapi Yesus pergi ke tempat yang sunyi dan berdoa. 17 Pada suatu hari semasa Yesus sedang mengajar, beberapa orang Farisi dan guru Taurat duduk di situ. Mereka datang dari Yerusalem, dari semua kota di Galilea dan Yudea. Kuasa Tuhan menyertai Yesus sehingga Ia dapat menyembuhkan orang banyak. 18 Kemudian, nampaklah beberapa orang membawa seorang lumpuh yang berbaring di atas tikar. Mereka berusaha membawanya masuk dan meletakkan orang itu depan Yesus. 19 Tetapi, mereka tidak menemukan jalan untuk membawa orang itu masuk kerana ramai orang, naiklah mereka ke atas atap dan menurunkan orang lumpuh itu bersama dengan tempat tidurnya ke tengah orang ramai di hadapan Yesus 20 Apabila Yesus melihat iman mereka yang begitu besar, Dia berkata kepada orang itu, "Hai kawan, dosamu sudah diampunkan." 21 Semua guru Taurat dan orang Farisi di situ mula bercakap satu sama lain, Siapakah orang ini? Dia menghujat Allah! Tidak seorang pun dapat mengampunkan dosa, kecuali Allah!" 22 Yesus tahu apa yang difikirkan mereka, Ia berkata, "Mengapa kamu bertanya seperti itu dalam hatimu? 23 Mana yang lebih senang, mengatakan 'Dosa-dosamu sudah diampuni' atau 'Bangun dan berjalanlah'? 24 Tetapi, supaya kamu tahu bahawa Anak Manusia berkuasa di bumi untuk mengampuni dosa," Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, "Aku berkata kepadamu: Bangunlah, angkat tempat tidurmu dan pulanglah.''' 25 Masa itu juga, orang itu terus berdiri di depan semua orang dan mengambil tempatnya berbaring, lalu berjalan pulang sambil memuji Allah. 26 Dengan dipenuhi rasa takut yang besar akan kuasa Allah, mereka berkata, "Hari ini kami melihat perkara-perkara yang luar biasa! 27 Setelah itu, Yesus keluar dan nampak seorang pemungut cukai bernama Lewi yang sedang duduk dy tempat pemungutan cukai. Yesus berkata kepadanya, "Ikutlah Aku." 28 Maka Lewi pun berdiri, meninggalkan semuanya, dan mengikuti Yesus. 29 Kemudian Lewi mengadakan pesta besar di rumahnya untuk Yesus. Ramai pemungut cukai dan orang lain makan bersama-sama mereka. 30 Beberapa orang Farisi dan guru Taurat mula bersungut kepada murid-murid Yesus, "Mengapa kamu makan dan minum bersama para pemungut cukai dan orang-orang berdosa?" 31 Yesus menjawab dan berkata kepada mereka, "Bukan orang-orang sihat yang memerlukan doktor, tapi orang sakit. 32 Aku datang bukan untuk memanggil orang benar,tetapi untuk memanggil orang-orang berdosa supaya bertaubat." 33 Mereka berkata kepada Yesus, "Murid-murid Yohanes Pembaptis selalu puasa dan berdoa, begitu juga murid-murid orang Farisi. Tapi, muri-muri-Mu selalu makan dan minum." 34 Yesus berkata kepada mereka, "Dapatkah kamu menyuruh tetamu di jamuan perkhawinan berpuasa selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak! 35 Tetapi akan tiba masanya pengantin lelaki itu akan diambil oleh mereka. Pada masa itulah mereka akan berpuasa. " 36 Yesus menceritakan perempumaan ini kepada mereka, "Tidak ada orang yang menampal sepotong kain lama dengan kain daripada kain baru. Jika dia berbuat begitu, dia akan merosakkan kain baru itu, lagipula kain penampal yang baru itu tidak sesuai dengan pakaian lama. 37 Demikian juga tidak ada seorang pun yang menuang anggur baru ke dalam kantong kulit lama. Anggur yang baru itu akan memecahkan kantong lama itu, anggur akan tumpah dan kantong kulitnya akan hancur. 38 Anggur baru mesti disimpan di kantong kulit yang baru. 39 Tidak seorang pun yang seetelah minum anggur lama, mahu meminum anggur baru sebab mereka berkata, "Anggur yang lama itu lebih baik."'