1
Ingatkanlah mereka supaya tunduk pada pemerintah dan orang_orang berkuasa, taat dan siap untuk melakukan setiap pekerjaan yang baik.
2
Janganlah mereka memfitnah, tidak bergaduh dan bersikap ramah dan lemah lembut kepada semua orang.
3
Kerana kita juga dahulunya hidup dalam kebodohan, tidak taat, sesat, menjadi hamba kepada hawa nafsu dan keinginan hidup dalam kejahatan dan kedengkian, keji, dan juga saling membenci.
4
Akan tetapi Allah penyelamat kita telah menunjukkan belas kasihan dan kasihnya kepada kita.
5
Allah menyelamatkan kita bukan kerana perbuatan kita yang baik, melainkan oleh kerana belas kasihan_Nya Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan oleh Roh Kudus.
6
Allah mencurahkan Roh Kudus itu kepada kita semua melalui Yesus Kristus, penyelamat kita.
7
Oleh kasih karunia_Nya kita dibenarkan untuk menjadi ahli waris sesuai dengan pengharapan kita akan hidup yang kekal.
8
Perkataan ini adalah benar, perhatikanlah hal_hal tersebut, supaya orang_orang percaya kepada Allah berusaha untuk dengan sungguh_sungguh untuk melakukan segala yang baik dan berguna kepada semua orang.
9
Akan tetapi jauhilah perdebatan yang dicari_cari dan yang tidak berguna , persoalan silsilah, pertengkaran dan perselisihan mengenai hukum Taurat , kerana semua itu tidak berguna dan sia_sia sahaja.
10
Peringatkanlah orang yang menyebabkan perpecahan didalam jemaah, Dan nasihatkanlah orang tersebut sekurang_kureangnya dua kali, dan setelah itu jauhilah dia.
11
Kerana engkau tahu bahawa orang seperti itu jahat dan dosa_dosanya membuktikan dia bersalah, dan mendatangkan hukuman keatas dirinya sendiri.
12
Apabila aku mengutus Artemas atau Tikhikus kepadamu, berusahalah untuk datang kepadaku di Nikopolis, kerana aku sudah mengambil keputusan untuk tinggal disana selama musim sejuk.
13
Dan berusahalah sungguh_sungguh untuk membantu Zenas, peguam itu dan Apolos, supaya mereka dapat memulakan perjalanan mereka , dan pastikan agar mereka tidak kekurangan apa_apa sepanjang perjalanan mereka.
14
Hendaklah jemaah kita terus melakukan perbuatan baik untuk terus membantu orang_orang yang perlukan pertolongan, dengan demikian hidup mereka berguna
15
Semua saudara yang bersama_sama dengan aku menyampaikan salam kepadamu, sampaikanlah salam kami kepada sahabat_sahabat kita yang seiman. Semoga Allah memberkati kita semua.