Bab 2

1 Tuliskan kepada malaikat jemaat di Efesus: Inilah Firman Dia yang memegang tujuh bintang di tangan kananNya, Dia yang berjalan di antara tujuh kaki dian emas. 2 Aku tahu semua pekerjaanmu, jerih payahmu dan ketekunanmu. Aku tahu kamu tidak tahan dengan kejahatan orang jahat. Kamu menguji mereka yang mendakwa mereka adalah rasul padahal mereka adalah pembohong. 3 Kamu tabah dan bertahan demi namaKu dan tidak putus asa. 4 Tetapi Aku mencela kamu kerana kamu telah meninggalkan kasih kamu. Percaya kamu sekarang tidak seperti pada permulaan kamu percaya. 5 Sedarlah betapa dalamnya kamu telah jatuh. Bertaubatlah dan lakukan semula apa yang kamu lakukan pada mula-mula. Kalau tidak, Aku akan datang dan mengambil kaki dian emas dan memindahkannya dari kamu. 6 Namun ada juga yang baik padamu : Kamu membenci perbuatan pengikut Nikolaus, yang juga Aku benci. 7 Siapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat. Siapa yang menang, Aku Ku beri makan dari pohon kehidupan yang tumbuh di Taman Firdaus Allah. 8 "Tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Smirna: Inilah Firman dari Dia Yang Awal dan Yang Akhir, yang telah mati dan bangkit semula. 9 Aku tahu penderitaan dan kemiskinan kamu tetapi kamu sebenarnya kaya. Aku tahu fitnah yang dilemparkan kepada kamu darimereka yang mengaku Yahudi pada hal mereka adalah pengikut iblis. 10 Jangan takut akan penderitaan yang kamu akan alami. Ketahuilah iblis akan menghumban beberapa di antara kamu ke dalam penjara untuk menguji kamu dan kamu akan menderita selama sepuluh hari. Setialah sampai mati. Aku akan menganugerahkan kepada kamu dengan mahkota kehidupan. 11 Siapa bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan Roh kepada jemaat. Siapa yang menang akan Kuberi makan dari Pohon Kehidupan di Taman Firdaus. 12 Tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Pergamus: Inilah Firman Dia yang memiliki pedang tajam bermata dua. 13 "Aku tahu dimana kamu tinggal. Di situlah iblis bertakhta. Tetapi kamu berpegang teguh kepada namaKu. Kamu tidak menyangkal iman kamu kepadaKu. Ketika saksiKu yang setia Antipas dibunuh di tempat iblis tinggal. 14 Tetapi Aku mencela kamu atas beberapa perkara. Ada di antara kamu yang menganut pengajaran Bileam. Bileam mngajar Balak memujuk orang Israel berdosa dengan makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala dan melakukan dosa percabulan 15 Ada juga di antara kamu yang berpegang kepada pengajaran Nikolaus. 16 Sebab itu bertaubatlah! Jika tidak, Aku akan datang dan memerangi kamu dengan pedang dari mulutKu 17 Siapa yang bertelinga, hendaklah mendengar apa yang dikatakan Roh kepada jemaat. Aku akan memberikan manna yang tersembunyi kepada sesiapa yang menang; dan memberi batu putih yang tertulis namanya pada batu itu. Seorang pun tidak mengetahuinya kecuali penerimanya.