1
Saudara-saudara, kalau ada seorang kedapatan melakukan satu pelenggaran, maka kamu yang rohani, harus memimpin orang itu dijalan yang benar dalam roh lemah lembut. Dan berwaspadalah supaya dirimu tidak jatuh dalam pencobaan.
2
Dan saling membantu dalam menanggung beban! dengan itu kamu memenuhi hukum Kristus.
3
Sebab kalau seorang itu berfikir dirinya penting sedangkan tidak sama sekali, dia menipu dirinya sendiri.
4
Haruslah setiap orang menguji perbuatannya sendiri; maka dia boleh bermegah melihat keadaannya sendiri dan bukan membandingkannya sama orang lain.
5
Sebab, setiap orang akan menanggung bebannya sendiri.
6
Orang yang diajar tentang firman Allah haruslah dia berkongsi semua yang baik dengan pengajarnya.
7
Jangan tertipu. Allah tidak boleh dipermainkan, sebab apa yang ditanam oleh seseorang itu juga yang dituainya.
8
Sebab orang yang menabur nafsu kedagingan akan menuai kebinasaan; Tetapi, orang yang menabur dari Roh akan menuai hidup yang kekal.
9
Janganlah kita bosan melakukan kebaikan, kerana bila waktunya sudah tiba, kita akan menuai asalkan kita tidak menyerah.
10
Sebab itu, selagi ada kesempatan untuk kita, marilah kita berbuat baik kepada semua orang, terutamanya kepada keluarga seiman kita.
11
Lihatlah betapa besarnya huruf-huruf yang kutulis kepadamu dengan tanganku sendiri.
12
Orang yang suka memperlihatkan kebaikan secara lahiriah, merekalah yang memaksa kamu untuk bersunat, hanya kerana untuk mengelak diri mereka dianiya kerana salib Kristus.
13
Sebab mereka yang bersunat pun tidak memegang Hukum Taurat, tetapi mereka mahu kamu disunat supaya mereka dapat memegahkan diri atas sunatmu.
14
Tetapi aku tidak mahu bermegah dengan apa pun kecuali salib Tuhan kita Yesus Kristus, melalui Dia dunia sudah disalibkan untuk aku, dan aku untuk dunia.
15
Disunat atau tidak disunat tiada ertinya, tetapi yang penting menjadi ciptaan baru.
16
Untuk semua orang yang melakukan hukum ini, damai sejahtera dan balas kasihan turun atas mereka dan atas Israel milik Allah.
17
Akhirnya, jangan ada orang yang menyusahkan aku, kerana aku membawa tanda-tanda Yesus dalam tubuhku.
18
Semoga kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus menyertai rohmu. Amin.