4 1 Demi kedatangan_Nya dan kerajaan_Nya, dengan sungguh_sungguh aku berpesan kepadamu dihadapan Allah dan Yesus Kristus yang akan mengadili orang yang hidup dan mati. 2 Beritakanlah Firman, bersedialah baik atau tidak baik waktunya; tegurlah, nasihatilah dan doronglah mereka dengan penuh kesabaran dan pengajaran. 3 Kerana, akan tiba masanya orang akan tidak lagi mau menerima ajaran yang benar. sebaliknya untuk memuaskan telinga mereka akan mengumpulkan guru_guru bagi mereka sendiri. 4 Mereka akan memalingkan pendengaran mereka dan berbalik kepada ajaran_ajaran sesat. yang sesuai keinginan mereka. 5 Tetapi kamu harus berjaga_jaga didalam segala hal, bertahanlah didalam kesukaran, teruslah bekerja memberitakan Injil, dan selesaikan kerjamu. 6 berkenaan diriku, darahku sudah mulai ditumpahkan sebagai persembahan dan kematianku pun sudah dekat!. 7 Aku mengakhiri perjuangan ini dengan baik dan telah mencapai garis penamat dan aku tetap menjaga imanku. Dan mahkota kebenaran telah tersedia bagiku yang telah tuhan berikan, hakim yang adil. 8 Pada harinya dan bukan kepadaku sahaja tetapi kepada semua orang yang merindukan kedatangannya. 9 Oleh itu berusahalah supaya kamu cepat sampai kepadaku. 10 Sebab Demas sudah meninggalkan aku, kerana dia lebih suka akan dunia ini, dan telah pergi ke Tesalonika dan Kreskes juga telah pergi ke Galatia dan Titus pula pergi ke Dalmatia.