Bab 1

1 Dari Penatua kepada Gayus terkasih, yang aku kasihi dalam kebenaran. Saudara aku yang aku kasihi, aku berdoa semoga kamu baik-baik saja dalam 2 semua perkara, semoga tubuh kamu sihat, sama seperti jiwa kamu juga sihat. 3 Sebab, aku sangat bergembira apabila saudara-saudara datang dan bersaksi tentang kebenaran kamu, bagaimana pada waktu ini kamu hidup dalam kebenaran. 4 Aku tidak memiliki sukacita yang lebih besar selain daripada mendengar anak-anak aku berjalan dalam kebenaran. 5 Saudaraku yang kekasih, kamu bertindak dengan setia dalam semua usahamu bagi saudara-saudara, walaupun mereka orang asing. 6 Mereka telah bersaksi tentang kasihmu di hadapan jemaat. Kamu akan melakukan yang baik apabila menolong mereka meneruskan perjalanan dengan cara yang berkenan kepada Allah. 7 Sebab, mereka telah pergi demi Nama itu, tanpa menerima apa pun daripada orang-orang tidak percaya. 8 Oleh itu, kita harus membantu orang-orang seperti mereka sehingga kita menjadi sahabat pelayanan bagi kebenaran. 9 Aku telah menulis surat kepada jemaat, tetapi Diotrefes, yang suka menonjolkan diri di antara mereka, tidak mahu menerima kami. 10 Oleh itu, kalau aku datang, aku akan mengingatkan dia atas perbuatannya, yang memfitnah kami dengan kata-kata yang jahat! Bukan itu sahaja, dia juga tidak mahu menerima saudara-saudara yang datang dan melarang mereka yang mahu menerima saudara-saudara itu serta mengasingkan mereka daripada jemaat. 11 Saudara yang aku kasihi, janganlah meniru yang jahat, tetapi yang baik. Orang yang berbuat baik datang daripada Allah, tetapi orang yang berbuat jahat belum melihat Allah. 12 Semua orang telah bersaksi yang baik tentang Demetrius, bahkan daripada kebenaran itu sendiri. Kami juga bersaksi, dan kamu juga tahu bahawa kesaksian kami benar. 13 Ada banyak hal yang ingin aku tuliskan kepada kamu, tetapi aku tidak mahu menulisnya kepada kamu dengan pen dan dakwat. 14 Aku berharap untuk berjumpa dengan kamu secepat mungkin dan kita akan bercakap secara bersemuka. 15 Damai sejahtera bagi kamu. Kawan-kawan di sini mengirimkan salam untuk kamu. Sampaikan juga salam kami kepada setiap saudara di sana.